Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera :)
Apa kabar korang sume? Haha, adik aku tengah nervous breakdown sebab result PMR dah nak kuar. Even aku ni pemalas sampai tak tahu exact date bila, aku tahu la nak keluar dah resultnye. Bebudak zaman sekarang ni dah maju, dulu aku kecik kecik main kad one happy family, snap, tak pun main tetris yang pakai bateri AA and lagu monofonik tak sedap bluerk.
Aku dulu kecik kecik main buai je, mane reti benda alah camni. LOL
P/s ; Oh budak ni mesti la bukan aku, sebab sah sah la aku lagi comel kan? Mampu?
Sekarang? Fuhh, ade yang ade iPad sendiri dah, BB, FB, kat Twitter aku pun ada kenalan orang-orang muda ni. Okay fine memang aku rasa aku tua. Cuak tak PMR punya result dah nak keluar? Aku pun lupa macam mana feelings ambik result. Aku rasa aku heartless kot, or maybe sebab memang tak hengat.
Takpayah risau lah kanak kanak sekalian, rezeki masing masing dah ditentukan saat korang habis jawab paper setiap subjek lagi. Apa yang korang boleh buat, korang dah boleh buat dah pun. Sekarang doa lah rezeki terbuka luas. Mana tahu dapat offer masuk sekolah bagus bagus ke kan? #mukasuci
Points to ponder -
Kalau result ohsem ;
Bersyukur lah, bangga family semua. Tapi kanak kanak kena ingat, kalau result bagus, tapi korang tersalah langkah, dan timbul perasaan riak, (tambah-tambah kalau tengok kawan kawan yang tak berapa bagus resultnya), bila-bila sahaja nikmat perasaan gembira itu boleh ditarik, atau lagi teruk, kepandaian akal kita tidak bertahan lama, bila bila sahaja pencapaian kita yang cemerlang itu mungkin merupakan pencapaian yang terakhir kita yang bagus.
Kalau result kurang baik ;
Bersyukur juga, kerana Dia tak bagi kita sebab untuk riak, tetapi bimbingan untuk kita sentiasa tahu, jatuh bangun hidup kita tidak ditentukan dengan sekeping slip keputusan PMR, dan kita akan sentiasa beringat, jatuh bangun kita, kita masih dibawah bimbingan Dia. Dia tak mahu kita riak, Dia mahu kita kuat, Dia mahu kita belajar erti Redha. Bangunlah, PMR bukan segala-galanya. :)
Kadang-kadang nikmat yang diberi merupakan ujian yang diberikan untuk kita. Either way, apa-apa yang terjadi pun, ingatlah, Dia sentiasa ada untuk kita, dan Dia tahu kita lebih daripada diri kita sendiri. Jangan risau kalau kita mungkin terkecewakan keluarga, tetapi ingatlah, baik buruk macam mana pun kita, mereka sentiasa terima kita dengan hati terbuka. Mereka manusia juga, macam kita.
In the meantime, don't be too worried, He already planned the best for you!
P/s ; Entri untuk kanak kanak yang bakal mengambil PMR atau tengah tunggu result.
Pp/s ; This is a favour for my beloved sister, and her friends because I only gave her a small piece of advice the other day.
Ppp/s ; This is for my beloved readers too <3




